10 April 2016 : Satu ceramah agama bertajuk "Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" telah disampaikan oleh YBhg. SS Datuk Hj Bungsu @ Aziz Hj Jaafar bertempat di Masjid Al-Badrul Kg Telisai. Program anjuran bersama Pejabat Daerah Kecil Tungku, PERWANI P. 188 Silam, JHEAINS dan AJK Masjid Al-Badrul ini telah mendapat sambutan baik dari para pemimpin tempatan serta masyarakat Islam Kg Telisai dan kampung sekitaran.
Antara pemimpin tempatan yang hadir adalah Tuan Ketua Daerah Tungku, Tuan Hj Kamarudin Hj Hamid, Tuan Pen. Pegawai Daerah Tungku, En Adam Valentine, Tuan KAN Tungku, Tuan Hj Malik Hj Aidala dan Tuan Datu Ramli, Ketua-ketua kampung serta imam-imam rawatib, Penasihat Koperasi Telisai Berhad dan ADS1M Kg Telisai, Encik Usman Hj Hamid, Penyelaras PERWANI Silam, Puan Saleha Abd Wahid, Pegawai JHEAINS, Ketua Kampung Telisai, En Mohamed bin Nuron, Pengerusi JKKK Kg Telisai, En Shazily Naga, guru-guru SK Telisai dan pemimpin peringkat Kg Telisai.
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Badrul, En. Abdul Yasin Hj Abdul Halim yang ditemui selepas program berkata: "Kita merasa amat gembira dan bertuah kerana bukan senang untuk membawa YBhg Datuk Mufti Sabah ke kampung seperti Kg Telisai ini. Apa lagi kedudukan kampung kita yang amat jauh dari Kota Kinabalu. Apapun, inilah bukti bahawa YBhg. Datuk Mufti kita amat perihatin dengan perkembagan dakwah Islam di Sabah". Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat menganjurkan program murni ini dan berharap ianya akan mencapai objektif yang diharapkan.
Tahniah AJK Masjid Al'Badrul Rahman & warga kg Telisai penganjur bersama majlis ILMU bersama YBhg SS mufti Negeri Sabah. ( " Kejar lah dunia mu seolah olah kamu hidup selamanya & beribadah lah kamu seolah olah kamu mati esok hari " )
ReplyDeletePadanlah kg telisai johan adsim negeri
ReplyDelete