MAC 2016 - LAHAD DATU : Kg Telisai telah menerima penghormatan apabila dipilih sebagai Tuan Rumah Program Semarak Rakyat Komuniti 1 Malaysia peringkat daerah Lahad Datu yang dijadualkan berlangsung pada awal April nanti. Pemilihan Kg Telisai ini telah dimuktamadkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program pada 1 Mac 2016 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Lahad Datu. Kg Telisai telah diwakili oleh Ketua Kampung, En Mohamed bin Nuron (gambar di bawah) dan Pengerusi JKKK, En Shazily bin Naga semasa mesyuarat tersebut.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bersama Pejabat Daerah Lahad Datu ini antara lain dilaksanakan bagi memupuk Semangat Cintakan Negara selain membentuk jalinan mesra antara agensi-agensi kerajaan dengan masyarakat tempatan khususnya di luar bandar. Pelbagai acara telah dirancang untuk diadakan antaranya majlis ilmu berbentuk forum pembangunan kampung, pameran agensi kerajaan, sukan rakyat dan tradisi, pertandingan karaoke dan juga acara tarik tali antara kampung-kampung.
Menurut Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Lahad Datu, pemilihan Kg Telisai sudah tentu akan memberikan tarikan tersendiri untuk masyarakat daerah Tungku hadir dan memeriahkan program ini, apakan lagi status Kg Telisai sebagai Johan Pertandingan Kampung Terbaik ADS1M Peringkat Negeri Sabah 2015. Para penduduk sekitar Tungku juga berpeluang melawat kawasan kampung dan mengambil pengalaman berharga khususnya Pusat Kitar Semula dan Pelupusan Sampah Kg Telisai yang merupakan inisiatif serta inovasi murni penduduk kampung.
Tahniah kg Telisai
ReplyDeleteTahniah kg Telisai
ReplyDeleteTerima kasih saudara...
DeleteTahniah warga kg telisai
ReplyDelete