Thursday, October 8, 2015

Kesepaduan Fahaman serta Kebersamaan Hidup Amalan Kami di Telisai

Kami bersyukur kerana selama ini kehidupan masyarakat Kampung Telisai begitu harmoni dan aman. Dalam beberapa aspek atau isu, memang wujud berlainan fahaman atau pemikiran ke atasnya di kalangan penduduk kampung namun, kekuatan kami adalah masyarakat kampung boleh "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju." Satu lagi faktor yang mendorong kepada keharmonian ini adalah hubungan kekeluargaan yang erat di kalangan penduduk kampung.

Penduduk kampung ini adalah dari suku kaum Balangingi, Satu kaum yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang pelbagai. Banyak etika dan budaya yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Biarpun pada saat ini generasi sudah masuk ke peringkat generasi ke 4, namun pengamalan adat budaya Bangingi ini masih diamalkan biarpun tidak sepenuhnya.
Banyak juga adat istiadat Balangingi ini dipengaruhi oleh amalan suku Bajau seperti tarian-tarian tradisi. Usaha juga giat dijalankan untu menerapkan budaya tradisi ini di kalangan kanak-kanak sewala peringkat pembelajaran di tabika lagi

3 comments:

  1. BIARLAH ORG KUTUK KITA PAKAI BAJU KETINGGALAN ZAMAN,ASAL KITA TAK PAKAI BAJU AKHIR ZAMAN

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH kepada yang brusaha mencetus idea

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH kepada yang brusaha mencetus idea

    ReplyDelete