OGOS : Tabika KEMAS Telisai adalah antara pusat didikan kanak-kanak paling aktif di daerah Tungku. Diketuai oleh pegawai/guru KEMAS Puan Faridah Hj Hamid dan dibantu oleh Puan Masriah Masri, para pelajar Tabika KEMAS bersama ibubapa telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Buta Agro Resort di Pantai Telisai.
Semasa lawatan tersebut, para pelajar dan ibubapa telah diberikan taklimat berkaitan ekologi pertumbuhan pokok payah bakau oleh pemilik pusat pelancongan ini iaitu En Mohd Amirol Hj Hamid. Para pelajar juga berpeluang melihat binatang-binatang yang mendiami kawasan hutan bakau seperti burung, monyet 'Proboscis Monkey' dan ketam bakau. Kawasan tanaman seperti tebu dan sayur-sayuran di pusat ini turut dilawati oleh para pelajar.
Lawatan ini yang mendapat sokongan kuat dari kepimpinan kampung turut diiringi oleh pasukan keselamatan PDRM dari Balai Polis Tungku dan selesai aktiviti lawatan, para peserta dan ibubapa serta para anggota polis telah dihidangkan dengan jamuan oleh pihak pemilik Pulau Buta.