FEBRUARI: Anak Jati Kg Telisai, YBhg. Tuan Hj Kamarudin bin Hj Hamid telah dilantik sebagai Ketua Daerah Tungku bermula Februari 2016. Beliau menggantikan mantan Ketua Daerah, Tuan Hj Abdillah bin Hamzah. Perlantikan Hj Kamarudin merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan pihak Kerajaan khususnya YB. ADUN N.49 Tungku di atas kebolehan dan kempimpinan penduduk Kg Telisai.
Majlis Angkat Sumpah Ketua Daerah ini telah berlangsung baru-baru ini di hadapan YBhg. Tuan Penolong Pegawai Daerah Tungku, En. Adam Valentine di pejabatnya. Di peringkat kampung, Hj Kamarudin merupakan Penasihat kepada Jawatankuasa Masjid Al-Badrul Kg Telisai selain tugas tetap beliau sebagai Imam Rawatib di masjid tersebut.
Semasa Kg Telisai mewakili Negeri Sabah ke pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan 2015, Hj Kamarudin merupakan Timbalan Ketua Biro Kerohanian dan Kemasyarakatan ADS1M Kg Telisai dan beliau adalah antara Penggerak kepada Aktiviti Utama di peringkat kampung khususnya melibatkan program keagamaan dan kerohanian.
Hj Kamarudin- 3 dari Kiri, mengetuai Biro Kerohanian ADS1M
semasa majlis penghakiman ADS!M Peringkat Kebangsaan tahun lepas
Perlantikan Hj Kamarudin sebagai Ketua Daerah Tungku ini tidaklah asing bagi keluarga ini kerana semasa pemerintahan Kerajaan British dan awal pembentukan Malaysia, datuk kepada beliau, Allahyarham Panglima Nalaja juga adalah Ketua Daerah bagi kawasan Tungku. Di pihak ADMIN, kita ucapkan tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Hj Kamarudin dan semoga beliau kekal menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.